Tuesday, September 20, 2011

Semoga Tahun Ni Ada Lagi Celoteh Datuk Ishak



Terbaik , Ucapan Ikhlas Daripada Hati



Semoga Ada Ramai Pemidato Pemuda Mewarisi Cara Beliau



Ceramah Yang Tidak Membosankan, Tahniah Dato' Ishak

Monday, September 19, 2011

Pemuda PJU Armand Ceramah Shah Alam

PERJALANAN PERJUANGANKU - Armand PJU

Salam Ramadhan & Aidilfitri : Ketua Penerangan Pemuda UMNO PJU

KONVENSYEN BN SELANGOR


Sokong BN, bukan calon jika mahu rampas kembali Selangor: Najib

SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota Barisan Nasional (BN) memberikan sokongan penuh kepada parti itu dan bukannya calon yang bertanding jika mahu merampas kembali Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata semua anggota BN perlu menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan dan memilih calon yang sesuai serta mampu memberikan kemenangan kepada parti itu di Selangor.

"Berikan sekongan sepenuhnya kepada BN, jangan merajuk jangan sabotaj tapi berikan sokongan habis-habisan.

"Kita sudah lalui sejarah pahit sejak tiga tahun lepas, jangan biarkan sejarah berulang kembali. Jika ditakdirkan kita tidak menang pada PRU akan datang, maka malang bagi BN di Selangor," katanya ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor berkata selepas tamparan pada 2008 ekoran kekalahan BN di Selangor, semua pihak sepatutnya tidak memikirkan soal jawatan dalam parti sebaliknya memberikan fokus dan insaf untuk merampas kembali Selangor.

Beliau berkata semua pihak perlu sedar dengan kesilapan lepas dan sama-sama memperbaiki diri dan mempersiapkan parti untuk memenangi hati semua pihak dan bekerja bersungguh-sungguh bagi memberikan semula keyakinan rakyat kepada BN.

"Jangan laung kita rampas, tapi kena laungkan juga kita insaf dengan pengalaman pahit. Sampai masa jika kita tidak jadi wakil rakyat, kita kena bersedia dan sanggup berundur serta terus memberikan sokongan kepada parti," katanya.

Kata-kata Najib itu disambut dengan teriakan sokongan dari kira-kira 3,000 perwakilan yang dijemput serta mengundang aksi spontan pimpinan tertinggi BN di Selangor yang berada di atas pentas utama untuk sama-sama berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju.

Beliau turut mengulangi pertanyaan itu kepada semua hadirin yang turut berdiri dan menyatakan persetujuan.

"Saya tanya bukan apa, kadang-kadang bila kita kalah ini, semak punya semak yang khianati kita, ahli kita sendiri," katanya dalam nada seloroh sambil meminta semua ahli BN setia kepada parti.- Bernama

DS NAJIB "BAPAK DEMOKRASI" BUKAN "DEMOSTRASI MALAYSIA"



Salam Sahabat2 Yang Dihormati,

Hadiah Terbaik Sempena HARI MALAYSIA Adalah Transformasi Kematangan Kerajaan Dlm Isu2 Masa Kini.

Jelas Pejuangan Demokrasi Sejak Merdeka Hingga Kini Adalah BN, Keputusan Menerima Kebebasan Bersuara, Berhimpun Dan Batalkan ISA Adalah Keputusan Yg Amat Berani Oleh Pemimpin. BN PEJUANG SUBUR DEMOKRASI, BN WE WALK THE TALK..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Pada Malam Khamis Mengumumkan Bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) Akan Dimansuhkan Dan Dua Undang-Undang Baru Yang Sesuai Akan Digubal Bagi Memelihara Keamanan, Kesejahteraan, Kesentosaan serta Kerukunan Hidup Rakyat Dan Negara.

Mengumumkan Keputusan Itu Dalam Perutusan Khas Hari Malaysia, Najib Berkata Dua Undang-Undang Baru Itu Akan Digubal Di Bawah “Semangat Serta Payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan Bagi Mencegah Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang dan Perbuatan Jenayah.

Malaysia Telah Matang Dan Menolak Perpecahan Dan Perbalahan Sesama Sendiri Mengunakan Kekerasan Tetapi Berubah Mengunakan Rundingan Untuk Penyelesaian Masalah, Tahniah Pada Kerajaan Malaysia Yang Telah Berkembang Dan Lebih Matang Dan Terbuka Dalam Segi Pemerintahan Negara, Jangan Hanya Bertanya Apa Yang Negara Dah Bagi Pada Kita, Tetapi Tanya Apa Yang Telah Kita Berikan Pada Negara Ni..



TAHNIAH MALAYSIA MEMPUNYAI PM YANG BERANI SEPERTI YAB DS NAJIB.Jelas Pejuang Demokrasi Sejak Merdeka Hingga Kini Adalah BN, Keputusan Menerima Kebebasan Bersuara, Berhimpun Dan Batalkan ISA Adalah Keputusan Yg Amat Berani Oleh Pemimpin.

BN PEJUANG SUBUR DEMOKRASI, BN WE WALK THE TALK.YAB DS NAJIB ANDA PEJUANG DEMOKRASI LAYAK DI PANGGIL TAHNIAH MALAYSIA MEMPUNYAI PM YANG BERANI SEPERTI YAB DS NAJIB.

YAB DS NAJIB ANDA PEJUANG DEMOKRASI LAYAK DI PANGGIL BAPA DEMOKRASI MALAYSIA :)TAPI SELURUH MALAYSIA TAHU SIAPA BAPAK DEMOSTRASI MALAYSIA. BEZANYA KEMATANGAN DAN KEPURA-PURAAN.

YAB DS NAJIB BAPA DEMOKRASI MALAYSIA

-Armand Sayang Pemimpin Berani-BAPA DEMOKRASI MALAYSIA :)