Saturday, June 25, 2011

MASYARAKAT DI HATIKU

Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Sebentar Nanti Akan Ke Program DUN Kg Tunku PJ Utara "Masyarakat Dihatiku" Anjuran Sayap Umno Cwgn SS9A Kerjasama Cwgn Seri Setia

TEMPAT : Tabika KEMAS Seri Setia
TARIKH : 25/6/2011 (Sabtu).
MASA : 9am - 12pm

Semua Di Jemput Hadir Utk Bersama2 Bantu Program Gotong Royong Bersama2 Penduduk Dan Masyarakat Serta Pelbagai Program Utk Anak2 Sehingga Ibubapa. Mai Meriahkan Program Ini.

Thursday, June 23, 2011

KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA PERTAMA DI PJ UTARA


KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA PERTAMA DI PJ UTARA


SALAM SAHABAT2 YANG DIHORMATI, TERIMA KASIH KEPADA YAB DATO SERI NAJIB ATAS PERASMIAN KEDAI RAKYAT 1MALYSIA YANG PERTAMA DALAM NEGARA DI BAHAGIAN SAYA IAITU PETALING JAYA UTARA.

TERIMA KASIH KERANA NI KALI KEDUA YAB DS NAJIB BERSAMA2 DI BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA.



PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak menyatakan bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia menyebabkan beliau terkenang ayahnya, Perdana Menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein.

“Konsepnya sama dengan restoran rakyat yang ayahanda saya mulakan ketika kemelesetan ekonomi di dalam tahun 1970an,” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya.Kedai yang dijangka akan dibuka di setiap stesen LRT ini diuruskan oleh Syarikat Mydin Holdings Bhd yang diketuai pengarah urusannya, Dato Ameer Ali Mydin dengan bantuan kerajaan.

Najib di dalam ucapannya menyatakan bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia diilhamkan kerana ’1Malaysia bukan retorik malah salaman dan sinonim dengan rakyat’.

“Ia jenama barang dan perkhidmatan,” kata beliau ketika pelancaran Kedai Rakyat.
Beliau turut menyatakan bahawa barangan yang dijual di Kedai Rakyat adalah 30-40% lebih murah berbanding dengan harga produk di kedai biasa.



Selain itu Najib turut mengumumkan bahawa Kedai Rakyat membantu pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) kerana barangan diperoleh dari IKS tempatan.
Posted by armand at

Tuesday, June 21, 2011

BERSIH KAN BERSIH


KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda Umno memutuskan untuk turut mengadakan perhimpunan dan berarak pada 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyokong sistem demokrasi serta peranan dan pembaharuan yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata antara perkara yang akan diketengahkan dalam memorandum itu ialah berkaitan isu pemindahan pengundi di mana pihaknya mendapati perkara itu sedang dilaksanakan pembangkang sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Selain mencadangkan beberapa perkara, perhimpunan itu juga bertujuan membuktikan bahawa suara rakyat tidak hanya dimonopoli pembangkang khasnya PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Menara Dato Onn di sini.

Khairy, yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata perhimpunan itu bukan untuk bertembung dengan mana-mana pihak, sebaliknya bagi menunjukkan semangat anak muda dalam Umno untuk pertahankan sistem sedia ada serta ingin bekerjasama dengan SPR untuk memperbaiki sistem sedia ada.

“Kita anggap perhimpunan (oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) itu bukan tujuannya untuk membaiki sistem pilihan raya tetapi untuk mempolitikkan dan berkonfrontasi dengan kerajaan dan SPR yang sebenarnya tidak konstruktif,” katanya. – BERNAMA

KONSEP 1MALAYSIA




KONSEP 1MALAYSIA

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar- dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.

Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyat nya bersatu padu. Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.

Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. • Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020.
• 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara
• Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.
• Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada
perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan
berjalan dengan lebih lancar.

PEMUDA PJ UTARA