Tuesday, June 21, 2011

BERSIH KAN BERSIH


KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda Umno memutuskan untuk turut mengadakan perhimpunan dan berarak pada 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyokong sistem demokrasi serta peranan dan pembaharuan yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata antara perkara yang akan diketengahkan dalam memorandum itu ialah berkaitan isu pemindahan pengundi di mana pihaknya mendapati perkara itu sedang dilaksanakan pembangkang sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Selain mencadangkan beberapa perkara, perhimpunan itu juga bertujuan membuktikan bahawa suara rakyat tidak hanya dimonopoli pembangkang khasnya PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Menara Dato Onn di sini.

Khairy, yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata perhimpunan itu bukan untuk bertembung dengan mana-mana pihak, sebaliknya bagi menunjukkan semangat anak muda dalam Umno untuk pertahankan sistem sedia ada serta ingin bekerjasama dengan SPR untuk memperbaiki sistem sedia ada.

“Kita anggap perhimpunan (oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) itu bukan tujuannya untuk membaiki sistem pilihan raya tetapi untuk mempolitikkan dan berkonfrontasi dengan kerajaan dan SPR yang sebenarnya tidak konstruktif,” katanya. – BERNAMA

2 comments:

  1. Salam bro. I dah folow dan linkkan di blog saya. Selamat berjuang...!

    ReplyDelete
  2. My Website :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com/

    ReplyDelete